Pedas & Rangup Setiap Suapan!
Nikmati keenakan sambal bilis garing mata biru premium yang digoreng rangup pedasnya seimbang.
Pedas & Rangup Setiap Suapan!
Nikmati keenakan sambal bilis garing mata biru premium yang digoreng rangup pedasnya seimbang.
Kualiti dan Rasa Premium
Kandungan Nutrisi Tinggi
Tahan Lama dan Mudah Disimpan
Rasa Pedas yang Seimbang
Value Pack
Grab & Go
160g
cara menikmati sambal
Nasi Panas
Sapu Pada Roti
Topping Mi atau Bubur
Tambah satu sudu sambal untuk rasa pedas dan rangup di setiap suapan.
mengapa pilih kami
Ikan Bilis Mata Biru Asli dari Pulau Pangkor
Menggunakan ikan bilis mata biru gred tinggi, rangup, manis semula jadi dan tidak terlalu masin.
Tekstur Garing & Rangup
Gabungan cili pilihan dengan tumisan bawang yang wangi menghasilkan sambal yang kaya rasa.
Terjamin Bersih & Selamat
Dimasak lama secara tradisional untuk memastikan tahan lama tanpa bahan kimia tambahan.
Makan Non-Stop! Tak Boleh Berhenti!
Bahaya sambal ikan bilis ni… makan non-stop! Sedap, tak berminyak sangat, dan memang kena dengan selera. Rasa dia buat nak ulang beli lagi!
Pelanggan
Rangup, Perfect & Kena Betul Dengan Tekak!
Sambal sedap, rangup, datang elok tak pecah atau kemek — perfect sangat! Rasa dia memang cun, kena betul-betul dengan tekak saya.
Pelanggan
Kecil Tapi Padu!
Orang kata kecil-kecil cili padi — memang betul! Sambal ni nampak simple tapi rasa dia padu, sedap sangat sampai rasa cepat nak habis.
Pelanggan
Asha’s Kitchen ialah jenama di bawah Rezeki 285 Enterprise, yang diasaskan oleh Puan Shima Shaudin di Sri Manjung, Perak. Kami mengkhusus dalam menghasilkan Sambal Garing Mata Biru dan pelbagai produk berasaskan hasil laut yang berkualiti tinggi.
Dengan slogan “Citarasa Warisan Lautan Biru”, setiap produk kami dihasilkan menggunakan bahan segar, ikan bilis mata biru premium dan resepi turun-temurun, bagi memastikan rasa pedas, garing dan autentik dalam setiap suapan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2025, Asha’s Kitchen komited membawa citarasa tempatan ke tahap yang lebih moden — ringkas, bersih, dan penuh rasa Malaysia — sesuai untuk pelanggan masa kini yang menghargai keaslian dan kualiti.
Masih Nak Tahu Lebih? Jom Kami Jawab!
Apakah sebenarnya Sambal Bilis Garing Mata Biru?
Sambal Bilis Garing Mata Biru adalah produk sambal ikan bilis sedia untuk dimakan yang rangup dan penuh rasa. Ia menggunakan bahan utama istimewa iaitu ikan bilis mata biru premium dan asli dari Pulau Pangkor.
Apakah keunikan rasa dan tekstur sambal ini berbanding sambal lain di pasaran?
Keunikan utama kami adalah teksturnya yang “Garing” dan “Rangup”. Selain itu, ia digambarkan sebagai “penuh rasa” tetapi “tidak terlalu berminyak”, menjadikannya sesuai untuk pelbagai selera.
Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam sambal ini?
Bahan-bahan utama yang digunakan ialah Ikan Bilis Mata Biru premium, cili kering, bawang, gula, dan garam.
Berapakah harga untuk sebotol Sambal Bilis Garing Mata Biru?
Harga jualan bagi sebotol sambal ialah RM 30.00 (300g), RM 18.00 (160g).
Adakah produk ini dijamin bersih dan selamat untuk dimakan?
Ya. Walaupun produk kami adalah buatan sendiri (HomeMade) dari rumah, kami amat menitikberatkan kualiti. Proses pembuatan kami mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) 9-langkah yang ketat untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa terjamin.
Bagaimana cara terbaik untuk menikmati sambal ini?
Sambal ini sedia untuk dimakan dan sangat versatil. Ia sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sama ada dimakan terus bersama nasi atau sebagai penambah rasa dalam masakan anda.